Malaysia dan masa depan pendidikan kita: Menuju budaya baru


hadibunyamin

Muhammad Abd Hadi Bunyamin

University of Minnesota-Twin Cities

Assalamualaikum wrh wbt dan salam sejahtera.

Saban tahun, kita akan diberitakan mengenai pencapaian pendidikan negara kita yang tercinta, Malaysia melalui penilaian peringkat antarabangsa, umpamanya TIMSS dan PISA. Walapun saya tak mahu terlalu menekankan soal ranking ini, tetapi ia tetap dapat membantu kita melihat semula apakah yang telah kita lakukan, hingga membawa kepada pencapaian sebegitu rupa.

Pendidikan dalam apa jua cara akan diukur prestasinya. Murid atau mahasiswa sentiasa akan dijadikan penunjuk pencapaian, kerana pada diri merekalah ilmu itu disampaikan oleh para guru dan profesor. Disebabkan pendidikan suatu yg kompleks, saya mahu lebih memberi fokus kepada perkara yang menghambat pendidikan Malaysia, dan apa pula aset yang ada untuk kejayaan negara.

Kita dapat menyaksikan bagaimana polisi pendidikan Malaysia kerap menyaksikan pertukaran. Dasar pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik (PPSMI) telah dimansuhkan berperingkat sejak 2009. KBSM dan KBSR kini diberikan wajah baru dengan KSSR dan KSSM. Perubahan ini banyak dipandu atas keinginan politik, yang menyaksikan bagaimana portfolio pendidikan bertukar orang.

Pertukaran orang yang mengendalikan portfolio strategik ini membawa kepada idea baru. Walaupun idea baru boleh dilihat sebagai positif, tetapi ia juga membawa kepada situasi ketaktentuan, umpamanya, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang masih tetap dilaksanakan meskipun mendapat tentangan yang kuat dari guru-guru, ibu bapa dan murid. Saya melihat bahawa kerajaan mula tersepit dengan pelaksanaan dasar PBS ini, kerana jika dimansuhkan, ia membawa kepada pandangan bahawa kerajaan tak pandai menggubal polisi dan lemah menghadapi tentangan rakyat. Jika diteruskan, ia membawa pula keadaan ketaktentuan, di mana polisi baru ini dilihat menjadi murid malas belajar dan tiada rasa tanggungjawab pada pendidikan.

Kelestarian (sustainability) sesuatu dasar adalah mustahak sebagai KUNCI PERTAMA dalam menuju pendidikan yang gemilang. Dasar yang lestari akan memberikan lebih masa kepada pelaksana dasar untuk melaksanakan perkara baru yang ingin dbuat. Akibat dari pertukaran dasar yang kerap berlaku, pelaksana dasar merasakan hasil kerja mereka tiada apa-apa nilai dan hanya membuang masa. Ini disebabkan mereka sedar bahawa kerja mereka tidak akan berguna bila mana adanya dasar baru yang merubah hampir semua dimensi kerja mereka.

Walaupun kita harus meraikan perubahan, namun perubahan juga memerlukan proses transisi (perantaraan) yang akan memberikan lebih masa untuk penyesuaian. Manusia pada amnya adalah enggan merubah diri sendiri, tetapi mereka adalah makhluk yang sebenarnya suka kepada sesuatu yang lebih segar dan baru disekeliling mereka. Pendek kata, mereka suka MELIHAT perubahan berbanding merubah diri sendiri.

Polisi yang lestari juga mustahak kerana ia membolehkan proses penilaian dasar yang telus dan terbuka. Setiap polisi yang dibuat memerlukan kepada proses kritikan, penambahbaikan dan perubahan baru. Namun, polisi biasanya akan memberikan kesimpulan yang kompleks- ada kejayaannya, namun ada juga sisi kegagalan.

Apa yang boleh dilakukan adalah dengan MEMPERBAIKI polisi yang ada dan menambah unsur baru agar sesuai dengan situasi dunia semasa. MENAMBAH unsur baru adalah lebih baik berbanding merubah segala dimensi dalam polisi. Inilah yang dinamakan sebagai proses mendapatkan MAKLUMBALAS yang berterusan dari pelaksana dasar, kerana merekalah yang lebih tahu realiti di tempat kerja mereka, guru misalannya, di sekolah yang penuh pelajar yang pelbagai latar belakang.

Daripada apa yang dibincangkan di atas, polisi yang LESTARI dilihat lebih praktikal berbanding dasar baru yang merubah segala dimensi. Penambahbaikan berterusan dengan proses maklumbalas adalah mustahak bagi memperbaiki segala jurang yang ada.Walaupun dasar bukan jawapan mutlak kepada kejayaan pendidikan Malaysia, tetapi bermula dengan dasarlah pendidikan akan dipandu dengan teratur dan cekap oleh pelaksana dasar. Berikan guru lebih masa untuk menyesuaikan diri kepada dasar baru, tetapi haruslah ahli politik beringat bahawa mereka TAK HARUS kerap merubah dasar. Akibat…

Lihat pos aslinya 19 kata lagi

Tentang MARJANI UNTUK PENDIDIKAN

Blog ini dikelola oleh seorang guru yang bertugas di SMP Negeri 7 Batang Hari Leko, diperuntukan buat para guru, pelajar dan seluruh masyarakat peduli Pendidikan (masyarakat Pendidik)
Pos ini dipublikasikan di Uncategorized. Tandai permalink.